siddiq-osman
Thursday, April 9, 2009
Adam VS Iblis = Tawaddhuk VS Takabbur.
Dari Ibnu Kathir, Berkata Ibnu Jarir atTabari; telah diberitahu oleh Abu Kuraib, telah diberitahu oleh Usman ibn Sa'id,telah diberitahu oleh Bisyru ibn Umarah,dari Abi Rauq, dari adDhohak, dari Ibn Abbas, katanya : Iblis dahulunya makhluk dari kalangan Malaikat yang disebut Jin. Mereka ini diciptakan dari Api yang berjelaga, mereka dari kalangan malaikat (ketika itu). Nama Iblis (ketika itu) Al Harith dan tugasnya menjaga perbendaharaan Syurga.
Dia berkata(Ibn Abbas): Malaikat yang lain diciptakan dari cahaya kecuali mereka ini. Jin diciptakan dari lidah api iaitu pucuk api. Manusia pula diciptakan dari tanah. Makhluk yang mula-mula yang menghuni muka bumi adalah Jin, kemudian mereka menumpahkan darah dan melakukan kerosakan, mereka saling berbunuhan lalu Allah mengutuskan kepada mereka Iblis dan bala tentera dari kalangan malaikat.(malaikat yang diciptakan dari api yang berjelaga) maka merekapun mengalahkan Jin sehinggalah jin-jin ini mendiami pulau pulau dan lereng lereng bukit. Setelah tamat misi ini timbullah rasa bangga di hati iblis. Lalu berkata Iblis: Aku telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan makhluk lain.
Maka Allah dapat mengesan apa yang terlintas di hati Iblis tetapi malaikat yang bersamanya tidak menyedari hakikat itu. Maka Allah berfirman pada malaikat "Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang pengganti di muka bumi.." ayat30 surah alBaqarah. malaikatpun menjawab " apakah Engkau akan menjadikan padanya siapa yang menumpahkan darah dan melakukan kerosakan di dalamnya?" ayat30 surah alBaqarah. sebagaimana telah makhluk jin lakukan dan Engkaulah yang menyuruh kami memerangi mereka sebelum ini? lalu Allah berfirman "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."ayat30 surah alBaqarah. Allah berfirman "sesungguhnya Aku telah membaca hati Iblis sedang kamu tidak tahu apa yang ada dalam hatinya dari kebanggaan dan kesombongan.
Maka Allah memerintahkan tanah membentuk Adam lalu diangkat tanah tadi maka diciptakan Adam dari tanah lumpur yang meleket. Lalu Allah membentuk Adam selama 40 malam. Setelah jasad Adam siap Iblis datang kepadanya dan menendangnya lalu jasad itu bergerincing, Ibnu Abbas berkata : inilah maksud firman Allah "dari tanah liat seperti tembikar" al Rahman: 14. Ibnu Abbas berkata: kemudian Iblis masuk kedalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya, setelah itu masuk pula melalui duburnya lalu keluar dari mulutnya. Kemudian dia(iblis) berkata: Engkau bukanlah apa-apa, begitu juga asal engkau. Kalaulah aku mengasarimu maka engkau akan binasa, dan jika engkau menguasai aku akan menderhakai engkau.
Ibnu Abbas berkata: ketika Allah meniupkan ruh kepada Adam dari ubunnya maka terbentuklah daging dan darah. Setelah Adam bernyawa dia melihat dirinya dan dia berasa aneh dengan dirinya lalu dia cuba bangun tetapi dia belum terdaya. Itulah maksud firman Allah " dan Manusia itu bersifat gopoh." al Isra' : 11 gelojoh dalam keadaan gembira ataupun duka. Ibnu Abbas berkata: setelah siap ruh ditiup Adam bersin dan dia mengucapkan Alhamdulillah setelah Allah ilhamkan padanya. Lalu Allah membalas YarhamkAllah wahai Adam. Kemudian Allah menyuruh malaikat yang bersama Iblis bukan malaikat yang dilangit, sujudlah kepada Adam maka mereka semua sujud kecuali Iblis, dia enggan dan bongkak. Ini akibat bisikan dirinya bahawa dia lebih baik. Lalu Iblis berkata: Aku tidak akan sujud padanya sedangkan aku lebih baik ,lebih dewasa dan lebih kuat darinya. Engkau jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. Sesungguhnya Api lebih kuat dari tanah.
Ibnu Abbas berkata ketika mana Iblis enggan ALLah telah menjauhkannya dari segala kebaikan dan jadilah dia Syaitan yang direjam sebagai hukuman kepada maksiat yang dilakukannya...
Masih ada sambungannya tetapi highlight saya kali ini kepada asal usul sengketa kita dan Iblis. Tafsir Ibnu Kathir ayat 34 Surah Al Baqarah.

posted by umaq_eiman at 3:57 PM
2 Comments:
template blog kali ni kurang cun berbanding yg sebelum ni.btw,thanks 4 info
oh ni blog lain.sorry tak perasan :P
Post a Comment
<< Home