siddiq-osman

Monday, April 6, 2009

Jaulah ke Kordofan

Asslamualaikum Blog ini merupakan blog paling lama saya tidak update. Sebenarnya aktiviti karya saya tergendala semenjak dua menjak ini. Bagaimanpun pada Jumaat lalu saya dan kawan kawan telah dijemput untuk menemani encik Syuhada S/u 2 Kedutaan untuk jalan jalan lihat Sudan. Alhamdulillah setelah perbincangan 3 minit dalam telefon kami memilih Madinah Al Ubayyid (Obeid) untuk dilawati.

Maklumat awal yang diterima perjalanan hanya mengambil masa 3 jam sahaja. Teta[i ketika sudah beli tiket kami agak terperanjat kerana ianya berharga 39.5 Junih yang bernilai sekitar 18 USD jadi saya mngulang selidik jarak sebenar yang bakal kami lalui. Penjual tiket menyatakan ianya akan mengambil masa 6 jam. Aduh.

Setelah meredah perjalanan sekitar 5Jam setengah kami tiba di Kosti. Perjalanan agak lambat tetapi lancar. Keengganan driver untuk berhenti solat mendesak saya solat di seat dengan bertayammumkan debu dari seat. Saya harap Allah terima solat terdesak saya itu. Kerana matahari sudah hampir terbenam dan driver masih belum mahu berhenti.

Setelah 8 jam perjalanan kami masih belum melihat sebarang tanda madinah Obeib akan muncul menyebabkan saya resah. Solat tidak sempurna badan tidak selesa hati juga tidak tenang. Namun jam 9;15 malam kami sampai di madinah Obeid yang dituju. Kami menjadi tarikan kerana mampu bertutur arab dengan lancar semua orang menjadikan kami bahan tontonan. Kami berbincang dengan penjual tiket bas mengenai perjalanan kami keesokan harinya. Pada awalnya dia mengatakan hanya ada bas terakhir 10 pagi. Oh tidak. hanya 2 jam masa untuk kami merayau pagi esok.Akhir sekali dia mengakui ada bas lain mungkin bertolak jam 12 tengah hari dan itulah bas terakhir yang akan menuju Khartoum dari Obeid. Kami memutuskan mencari Hotel dahulu untuk berehat dan melepaskan lelah.

Hoteh Madinah sebenarnya tanggapan saya madinah Obeid ini tidaklah sepertimana bahkan saya menjangkakan Obeid hanya akan menyediakan imej imej kemunduran dan tidak maju. Sangkaan saya meleset Hotel Medinah sangat selesa. Ada TV satelite, Katil yang bagus, Air cond. bagi saya sesuai untuk dijadikan ward Hospital. tetapi oleh kerana desakan ingin tahu kami mengambil keputusan untuk melihat hotel JOhn pula.

Tiba di Hotel John kami melihat namanya sudah ditukar ke Hotel Usrah. Permulaan perundingan kami perlu membayar sekitar 65 USD untuk 5 orang bermalam semalam di situ. Namun setelah berbincang kami diberi satu bilik yang agak luas dengan harga 100 pound sudan bersamaan 45 USD. Akhirnya kami bermalam di situ. Saya mengqadha semula solat saya yang saya lakukan tadi. dan menjamak qasar solat maghrib dan iSya.

Kita sambung nanti bersama gambar2 dari saya.
posted by umaq_eiman at 12:52 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home