siddiq-osman
Wednesday, March 31, 2010
Al Kautsar
بسم الله الرحمن الرحيم
Al-Kauthar
MUQADDIMAHSurah Al-Kauthar adalah merupakan surah Makiyah yang mengandungi 3ayat. Terdapat beberapa tafsir mengenai perkataan Al-Kauthar.
a) Nama bagi sebuah sungai disyurga yang dikurniakan Allah khas buat Nabi Muhammad.
b) bermakna Al-Khairul Kathir ( kebaikan / kelebihan yang banyak)
Surah ini ditujukan khusus baut Nabi Muhammad s.a.w yang ketika itu sedang dalam keadaan berduka cita. Diriwayatkan ketika Qasim anak lelaki baginda s.a.w. meninggal dunia , seorang kafir yang bernama Al-`Aas bin Wa`il telah datang kepada baginda dan berkata “Maka terputuslah keturunan Muhammad, dan tidak ada pengganti baginya akibat kematian anak lelakinya itu”. Lalu Allah s.w.t menurunkan surah ini bagi membalas kata-kata Al-`Aas dan menenangkan keduka citaan Rasulullah s.a.w, juga bagi mengkhabarkan berita gembira kepada ummat baginda tentang Al-Kauthar iaitu sebuah sungai di syurga yang mana tebingnya diperbuat daripada emas, laluan alirannya daripada batu nilam dan delima, keharuman lebih baik dari kasturi, airnya lebih putih dari salju, dan rasanya lebih manis dari madu. Daripada sungai Al-Kauthar itu terisinya kolam-kolam dan telaga, ia adalah untuk Nabi Muhammad dan orang-orang yang soleh dari ummatnya di hari kiamat kelak.
TAFSIR
1) Sesungguhnya Allah telah menciptakan dan menghadiahkan istimewa khusus kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan Al-Kauthar, iaitu sebuah sungai di syurga yang mana ia adalah antara sungai yang terbaik dari sungai-sungai di syurga itu, dan penuh sengan segala kebaikan di dalamnya.
2) Maka bersyukurlah kepada Allah dengan mengerjakan solat kepadaNya, tidak mensyirikkan Dia, dan berkorbanlah dengan bintang sembelihan hanya kerana Allah s.w.t. . Dan lakukanlah amalan dan ibadah yang lain hanya kerana Allah yang tiada setanding denganNya, tanda syukur kepadaNya.
3) Sesungguhnya orang yang membenci kamu dan mengherdik kamu tidak kira bila dan dimana itu, merekalah sebenarnya yang paling hina,yang sedikit, dan terbatas, dan terputus dari rahmat Allah dan dari segala apa yang mereka inginkan juga dari rezeki dan keturunan.
PENUTUP
Allah telah menghadiahkan kepada baginda Rasul s.a.w sebuah sungai yang sangat agung di syurga nanti. Ini adalah jelas dengan dalil yang di nyatakan dalam surah Al-Kautahr. Al-Kauthar yang terbaik ini juga akan dapat dirasai oleh ummat Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi hanya ummat Nabi Muhammad yang soleh, yang taat kepada perintah Allah, yang melakukan setiap pekerjaan ikhlas kerana Allah dan tidak mensyirikkan Dia sahaja yang dapat merasakannya. Oleh itu marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah dan ketaqwaan kita hanya kepada Allah agar dapat merasai nikmatnya Al-Kauthar.
Wallahu a’lam bissawab...
posted by umaq_eiman at 1:27 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home