siddiq-osman

Thursday, February 21, 2008

Mereka dalam kelas aku.


sebagai pelajar di universiti antarabangsa, ragam pelajar yang ada dalam kelas aku jauh berbeza.
Aku simpulkan buat kali ini dalam penyediaan nota.

1) Penyalin Tegar:
mereka ini begitu cepat menyalin. semua yang ustaz cakap ada dalam nota mereka. apa yang lebih menarik mereka ni menyalin kerana nak jimat kos. mereka nih kadang kadang pen pon pinjam jer kertas pon sama. datang lenggang tapi salin belaka. Aku suka menjadi pemodal pen dan kertas bagi mereka.

2) Penyalin Bijak.
mereka ini rajin. mereka salin semua apa yang ustaz suruh mereka salin kemudian mereka balik mereka susun cantik cantik dalam salinan lain.

3) kepala bisnes.
mereka ni rajin juga rajin cari nota dari pihak kedua. selepas dapat mereka akan menaipnya ke dalam komputer dan mencetak untuk diedarkan kepada pelajar golongan ke empat.

4) mencari Nota bercetak.
ini kebanyakannya pelajar asia. masuk kelas selalu tidur. heheh. kemudian bila jadual exam dah keluar barulah akan mencari nota nota untuk dibaca dan di buat reversi.

5) tidak ambil berat sangat pasal exam.
pelajar pelajar nih selalunya sangkut bertahun tahun dalam university dan last sekali putus asa tinggal mengaji. mereka nih tak ambil tahu langsung pasal nota dalam kepala mereka masuk dewan meniru ...

saya lain . kalian bukan saya..
posted by umaq_eiman at 8:06 AM 1 comments

Monday, February 11, 2008

Salam..


Salam sifat dari sifat sifat Allah yang Maha Sempurna. Kita ungkapkannya sebagai ibadah kemasyarakatan yang telah diajarkan Rasul yang membawa keselamatan untuk sekalian insan.

Assalamualaikum salam pembuka bicara. Kita hidup hanya sekali jadi mengapa kita perlu berkelahi. Hidup yang damai hanya dimiliki oleh jiwa yang ramai dengan rasa cinta.

Hanya dengan Islam segalanya akan di capai. bagaimana? nanti kita bincangkan di lain masa Insya Allah. sampaikan salam pada yang menyintai kedamaian.
posted by umaq_eiman at 1:10 PM 0 comments