siddiq-osman
Thursday, April 9, 2009
Adam VS Iblis = Tawaddhuk VS Takabbur.
Dia berkata(Ibn Abbas): Malaikat yang lain diciptakan dari cahaya kecuali mereka ini. Jin diciptakan dari lidah api iaitu pucuk api. Manusia pula diciptakan dari tanah. Makhluk yang mula-mula yang menghuni muka bumi adalah Jin, kemudian mereka menumpahkan darah dan melakukan kerosakan, mereka saling berbunuhan lalu Allah mengutuskan kepada mereka Iblis dan bala tentera dari kalangan malaikat.(malaikat yang diciptakan dari api yang berjelaga) maka merekapun mengalahkan Jin sehinggalah jin-jin ini mendiami pulau pulau dan lereng lereng bukit. Setelah tamat misi ini timbullah rasa bangga di hati iblis. Lalu berkata Iblis: Aku telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan makhluk lain.
Maka Allah dapat mengesan apa yang terlintas di hati Iblis tetapi malaikat yang bersamanya tidak menyedari hakikat itu. Maka Allah berfirman pada malaikat "Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang pengganti di muka bumi.." ayat30 surah alBaqarah. malaikatpun menjawab " apakah Engkau akan menjadikan padanya siapa yang menumpahkan darah dan melakukan kerosakan di dalamnya?" ayat30 surah alBaqarah. sebagaimana telah makhluk jin lakukan dan Engkaulah yang menyuruh kami memerangi mereka sebelum ini? lalu Allah berfirman "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."ayat30 surah alBaqarah. Allah berfirman "sesungguhnya Aku telah membaca hati Iblis sedang kamu tidak tahu apa yang ada dalam hatinya dari kebanggaan dan kesombongan.
Maka Allah memerintahkan tanah membentuk Adam lalu diangkat tanah tadi maka diciptakan Adam dari tanah lumpur yang meleket. Lalu Allah membentuk Adam selama 40 malam. Setelah jasad Adam siap Iblis datang kepadanya dan menendangnya lalu jasad itu bergerincing, Ibnu Abbas berkata : inilah maksud firman Allah "dari tanah liat seperti tembikar" al Rahman: 14. Ibnu Abbas berkata: kemudian Iblis masuk kedalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya, setelah itu masuk pula melalui duburnya lalu keluar dari mulutnya. Kemudian dia(iblis) berkata: Engkau bukanlah apa-apa, begitu juga asal engkau. Kalaulah aku mengasarimu maka engkau akan binasa, dan jika engkau menguasai aku akan menderhakai engkau.
Ibnu Abbas berkata: ketika Allah meniupkan ruh kepada Adam dari ubunnya maka terbentuklah daging dan darah. Setelah Adam bernyawa dia melihat dirinya dan dia berasa aneh dengan dirinya lalu dia cuba bangun tetapi dia belum terdaya. Itulah maksud firman Allah " dan Manusia itu bersifat gopoh." al Isra' : 11 gelojoh dalam keadaan gembira ataupun duka. Ibnu Abbas berkata: setelah siap ruh ditiup Adam bersin dan dia mengucapkan Alhamdulillah setelah Allah ilhamkan padanya. Lalu Allah membalas YarhamkAllah wahai Adam. Kemudian Allah menyuruh malaikat yang bersama Iblis bukan malaikat yang dilangit, sujudlah kepada Adam maka mereka semua sujud kecuali Iblis, dia enggan dan bongkak. Ini akibat bisikan dirinya bahawa dia lebih baik. Lalu Iblis berkata: Aku tidak akan sujud padanya sedangkan aku lebih baik ,lebih dewasa dan lebih kuat darinya. Engkau jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. Sesungguhnya Api lebih kuat dari tanah.
Ibnu Abbas berkata ketika mana Iblis enggan ALLah telah menjauhkannya dari segala kebaikan dan jadilah dia Syaitan yang direjam sebagai hukuman kepada maksiat yang dilakukannya...
Masih ada sambungannya tetapi highlight saya kali ini kepada asal usul sengketa kita dan Iblis. Tafsir Ibnu Kathir ayat 34 Surah Al Baqarah.
Monday, April 6, 2009
Jaulah ke Kordofan
Maklumat awal yang diterima perjalanan hanya mengambil masa 3 jam sahaja. Teta[i ketika sudah beli tiket kami agak terperanjat kerana ianya berharga 39.5 Junih yang bernilai sekitar 18 USD jadi saya mngulang selidik jarak sebenar yang bakal kami lalui. Penjual tiket menyatakan ianya akan mengambil masa 6 jam. Aduh.
Setelah meredah perjalanan sekitar 5Jam setengah kami tiba di Kosti. Perjalanan agak lambat tetapi lancar. Keengganan driver untuk berhenti solat mendesak saya solat di seat dengan bertayammumkan debu dari seat. Saya harap Allah terima solat terdesak saya itu. Kerana matahari sudah hampir terbenam dan driver masih belum mahu berhenti.
Setelah 8 jam perjalanan kami masih belum melihat sebarang tanda madinah Obeib akan muncul menyebabkan saya resah. Solat tidak sempurna badan tidak selesa hati juga tidak tenang. Namun jam 9;15 malam kami sampai di madinah Obeid yang dituju. Kami menjadi tarikan kerana mampu bertutur arab dengan lancar semua orang menjadikan kami bahan tontonan. Kami berbincang dengan penjual tiket bas mengenai perjalanan kami keesokan harinya. Pada awalnya dia mengatakan hanya ada bas terakhir 10 pagi. Oh tidak. hanya 2 jam masa untuk kami merayau pagi esok.Akhir sekali dia mengakui ada bas lain mungkin bertolak jam 12 tengah hari dan itulah bas terakhir yang akan menuju Khartoum dari Obeid. Kami memutuskan mencari Hotel dahulu untuk berehat dan melepaskan lelah.
Hoteh Madinah sebenarnya tanggapan saya madinah Obeid ini tidaklah sepertimana bahkan saya menjangkakan Obeid hanya akan menyediakan imej imej kemunduran dan tidak maju. Sangkaan saya meleset Hotel Medinah sangat selesa. Ada TV satelite, Katil yang bagus, Air cond. bagi saya sesuai untuk dijadikan ward Hospital. tetapi oleh kerana desakan ingin tahu kami mengambil keputusan untuk melihat hotel JOhn pula.
Tiba di Hotel John kami melihat namanya sudah ditukar ke Hotel Usrah. Permulaan perundingan kami perlu membayar sekitar 65 USD untuk 5 orang bermalam semalam di situ. Namun setelah berbincang kami diberi satu bilik yang agak luas dengan harga 100 pound sudan bersamaan 45 USD. Akhirnya kami bermalam di situ. Saya mengqadha semula solat saya yang saya lakukan tadi. dan menjamak qasar solat maghrib dan iSya.
Kita sambung nanti bersama gambar2 dari saya.